
Rashidah Zainuddin
Perunding Hartanah Pilihan Anda
Saya Nur Rashidah Binti Zainuddin. Saya berkelulusan Ijazah dalam bidang Pentadbiran & Keadilan Sosial daripada Universiti Malaya. Saya ialah seorang Perunding Hartanah Berdaftar di bawah Agensi Maxxan Realty E(1)1766 dan telah memperoleh lesen perunding hartanah (REN33796) sejak tahun 2019
Sepanjang tempoh 5 tahun dalam dunia hartanah, saya telah membantu client menyelesaikan pelbagai transaksi hartanah termasuklah hartanah jenis kediaman, tanah lot, tanah pertanian dan komersial. Dengan kemahiran komunikasi yang baik dan kemampuan untuk menganalisis pasaran, saya berusaha untuk memahami keperluan dan matlamat pelanggan saya, serta memberikan penyelesaian yang terbaik untuk mereka.
Tugas saya termasuklah :
- Mendapatkan nilai hartanah semasa.
- Mengira kelayakan pinjaman hartanah.
- Menguruskan proses pinjaman dengan pihak bank atau LPPSA.
- Mengiklankan Hartanah.
- Berurusan dengan pihak peguam, jurunilai dan pihak-pihak terlibat.
- Menguruskan aduan dan masalah yang timbul.
- Perkhidmatan selepas transaksi.
Jika anda memerlukan bantuan dalam urusan hartanah, jangan ragu untuk menghubungi saya. Saya sedia membantu anda mencapai matlamat hartanah anda !
Servis
Antara Client Yang Di Uruskan






Kenapa Pilih Saya?
Berpengalaman Luas
Kami memberikan fokus dan berpengalaman luas bagi Hartanah Perak dan Lembah Kelang, penjualan dan pembelian hartanah subsale dan juga projek.
Fokus Kawasan
Kami fokus di kawasan Perak dan Lembah Kelang. Dan ikut rekod, ratusan hartanah kami uruskan di sini dan lebih 80% transaksi adalah di Perak dan Lembah Kelang. InsyaAllah kami bantu sebaik mungkin
Selamat & Dijamin
Kami merupakan Perunding Hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia. Segala urusan dijamin selamat dan mengikut undang-undang.
Urusan A-Z
Bermula dengan nasihat harga, pemasaran, permohonan pinjaman hinggalah selesai, kami uruskan dari awal hingga akhir termasuk LPPSA dan khidmat guaman. Jadi, jangan risau! Kami ada.
Senarai Hartanah Pilihan
Lihat Senarai Hartanah Kami
Sedang cari hartanah untuk dibeli atau sewa di dalam negeri Perak dan Lembah Kelang?
Mahu cari rumah impian? Atau kediaman pertama? Atau anda mahu mencari kedai untuk membesarkan perniagaan anda?
Lihat dahulu listing yang kami iklankan di facebook, iproperty, mudah dan instagram.